Friday, August 12, 2011

Stroller OH !! Stroller



        Cakap pasai stroller......mesti hanya dipikir pada bakal IBU didunia, n pada IBU2 yg dah ade anak...macam macam jenis stroller ade....juga macam  macam jenis $$$ harga.......tak kesah mane mane pun janji yg selesa, yg tantik mesti....TAPI INI PESANAN MAMA ZARA ni, yg penting SERBAGUNA ok...cte psl stroller....ade jugak kebaikkannyer ade gak terkilannyer, n ade gak geramnyer.......

Mama Zara pilih stroller ni tuk Zara strolley zara*
 
mmg best stroller ni tapi kan kalau kete sedan biasa mmg bonet muat muat je lah, satu lagi dia tak skali ngan car sit....brand micralite toro ni leh pakai car sit Maxi Cosi atau Graco....kene ade adapter dia...yang bestnyer time new born zara mmg suka duk dalam carrycot dia tu, selesa tido macam atas katil dia, tapi masalahnyer sikit time nak naik escalator mmg berat sikit lah kalau tak anak menggelongsor.....( ade sebenarnyer belt dia, tapi bayangkan lah kalau kiter tdo atas katil kene pasal belt plak....nk ngereng sane sini susah.... ) hahahahaha

.
.
.


kelebihannyer ♥ 

best, seronok sbb lain dr yg lain, tuk new born mmg selesa....tdo jerk...n for new born jugak, dia dalam tu warm, tak yah bawak selimut pun,pg mall...mmg panas, tapi kalau takde air cond, boleh bukak cover dia...bagusnyer plak, kalau gantung barang kat handle pun stroller takkan tertonggeng ke belakang.....( kalau letak besi 1 tan mmg lah tonggeng ) maksudnya kalau letak diaper beg, botol n barang shopping sikit mmg takkan terkelentang kebelakang...lagi, kalau taknak beli carrycot dia pun takpe beli
basic stroller jer, n still boleh recline 3 step...45, 90,180 ok lah still boleh baring...n 
nak bgtau mmg best lah pakai stroller ni...n carrycot ni nmpk cam yg brand gempak macam ni

nak macam ni tapi hnya mampu gigit jari je lah sbb 6K, lebih baik 6k tu beli benda lain.......



yg tak bestnyer :( ♥ 

kalau pasang carrycot dia berat sikit, n nk naik escalator berat sikit..n kalau nk naik lift plak nk tggu turn mmg berjanggut lah kan, sbb org yg KUAT UPAYA pn malas naik escalator...nk naik lift...n carrycot ni kalau masuk dalam kete mmg penuh setgh seat je bendanyer....takleh sape nk tumpang....n bg baby yg bile bgun taknk baring, jenuh nk kene angkat sbb bnda alah ni mane boleh recline hahahah....
n tayar dia yg bahagian depan ternganga sikit...( pengalaman mama zara bile jalan tmpat sempit confident je muat sbb tgk dr blkng, bile smpai tempat tersekat...owh sbb stroller zara ternganga sikit depannyer hahahah...sabo jelah, kenkadang tu sampai langgar sane sini...


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Jadi pengajarannyer belilah yg kecik, serbaguna, leh lipat macam payung (bak kata org tua tua)....ringan......so far tgh n menggoda suami anak kedua nk beli Quinny Buzz / Extra atau apelah janji skali ngan car sit...........
                                 

SahaBat KArib

Today hari ke 12 kiter berpuasa.....

Actually bukan nk cte pasal puasa, sbb kang cte pasal puasa, tercerita pasal makanan plak kang terliur kang...
.
.
.
.

Actually nk cte pasal kawan baik....mesti semua ade kawan baik...mama zara ade kawan yg mama zara kategorikan sebagai kawan baik a.k.a RAKAN KARIB....tapi sebenarnyer ape yg mama zara ni rasa, dari kawan baiklah kiter akan cepat terasa, cepat tersinggung, dan lebih dasatttt lagi sampai ade yg leh jadi MUSUH...mintah simpang lah.

Bagi mama zara, kawan baik tak semestinyer dia sentiasa perlu dekat mahupun sentiasa berada disamping kiter, kadang2, doa shabat jauh lagi tenang hati dari kawan yg hari2 jumpa depan mata...

Sebenarnyer dah alang kepalang cte pasal kawan baik, mama zara ade tersinggung ngan kawan baik sndri...tak tahu nk cte macam mane, tp ALLAh je lah yg tau kadang2 tu KAWAN LEBIH BAIK AWAK DIAM DARI BERKATA2 YANG BOLEH MENAMBAHKAN SAKIT NYA HATI ORG LAIN......

.
.
.
. sekiaaannnn, malas nk mention nama, nnt bile dah terjadi pada kamu wahai sahabat anda akan tahu yg slamani kawan yg kamu anggap sahabat ni dah rasa terlebih SUDAH.....( aik trademark stacy lah plak ) hahahahah........sebenarnya terlebih dulu merasainyer

Thursday, August 11, 2011

Hadith solat tarawih...? KEPALSUAN HADIS KELEBIHAN TARAWIH

     Salam Ramadhan....masuk harini dah 11 hari kite berpuasa.....macam mane lah ibadat kiter amalan kiter sempurna atau tidak atau sekadar mengikut Calander (bulan puasa) hihihi....semoga kiter akan menjadi lebih baik dari sebelumnyer........cte pasal puasa, MESTI takkan tinggal punya cte pasal HARI RAYA...kad raya dah beli lom, kuih raya nk bape jenih, tema raya tahun ni ape? lampu raya dah lip lap lip lap depan umah...yg tak tahan tu....SHOPPING RAYA dah settle ok belum lagi setgh bulan berpuasa...........takpelah janji tak membazirrrr....persediaan awal..tapi kalau boleh dahulukan yg mane membawa pahala pada kiter....( wah cam ustazah dah ni.... )
Sebenarnyer isu yg nk dikongsi adalah pasal fadhilat solat terawih.......marilah share bersama2....mama zara dapat ni dari website portal JAKIM - terengganu

BACALAH JIKA NK INFO.......


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. Puji-pujian bagi Allah Subhanahu wata'ala, selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad Sallaahu 'alaihi wasallam serta para sahabatnya.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis tentang kelebihan tarawikh pada malam-malam ramadhan telah tersebar dengan meluas sekali. Media-media elektronik,media-media cetak serta media-media massa turut sama memainkan peranan mereka menyebarkannya melalui akhbar-akhbar, dairi-dairi Islam, TV, radio, risalah-risalah dan lain-lain dengan harapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat terutamanya dalam bulan yang diberkati itu.

Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagian darinya adalah seperti berikut : "Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadhilat sembahyang tarawih pada bulan Ramadhan antaranya:

· Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).

· Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

· Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.

· Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.

· Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.

· Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W..

· Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke-tiga puluh


Namun begitu setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanahair tentang kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan. Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunan Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui. Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini. Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini.

Kita tidak menafikan kelebihan sembahyang tarawih dan kedudukannya didalam sunnah. Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu dengan berbagai-bagai janji palsu yang menyebabkan umat Islam mengerjakan amalan-amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya. Dengan tersebarnya hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah s.a.w. yang dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama-ulama kita dahulu.

Rasulullah S.A.W. telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya : Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka. (Bukhori, Muslim)
Hadis ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga sampai keperingkat Mutawatir. Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan keatas Nabi S.A.W. sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib).
Mulla Ali Qari dalam Al-Asrarul-Marfu'ah selepas membawakan lebih dari seratus riwayat hadis tentang pendustaan atas nama Nabi Muhammad S.A.W. menukilkan kata-kata Imam Nawawi dalam syarah Muslim. Kata Imam Nawawi: Haram meriwayatkan sesuatu hadis palsu (maudhu`) bagi orang yang mengetahui bahawa hadis itu maudhu` atau dia hanya menyangka hadis ini maudhu`. Siapa yang menceritakan hadis yang dia tahu atau dia sangka bahawa ianya maudhu` serta dia tidak menerangkan keadaannya maka dia termasuk dalam ancaman ini. Katanya lagi, tidak ada perbezaan dalam pengharaman pendustaan atas Nabi Muhammad S.A.W. di
antara hadis tentang hukum-hukum dan hadis yang bukan berkenaan dengan hukum seperti hadis yang mengandungi dorongan serta galakan beramal ibadat, hadis-hadis nasihat dan lain-lain. Semuanya haram termasuk dalam sebesar-besar dosa dan sejelek-jelek perkara dengan ijmak ulamak Islam… seterusnya dia berkata: Ulama-ulama telah pun sepakat tentang haram berdusta atas nama orang-orang biasa. Bagaimana pula dengan orang yang kata-katanya adalah syariat, kalamnya adalah wahyu dan berdusta atasnya adalah pendustaan atas Allah juga. Fiman Allah bermaksud: Tidaklah dia mengucapkan mengikut kemahuan hawa nafsunya. Apa yang diucapkan tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan. (An-Najm: 3-4).

Di dalam hadis tersebut nampaknya ada galakan supaya umat Islam rajin untuk melakukan amalan terawih dalam bulan Ramadhan seperti mana kita sering dapati hadis ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang mana sebenarnya hadis itu pun telah di reka atas nama nabi Muhammad S.A.W. seperti contoh satu hadis yang sebahagian darinya berbunyi: Jika seseorang itu meninggalkan sembahyang zohor dosanya adalah seperti dia berzina dengan ibunya sendiri.Jika dia meninggalkan sembahyang sembahyang asar dosanya adalah seperti meruntuhkan kaa'bah..
Adakah tidak cukup dengan janji ganjaran dari Allah bagi orang yang menghidupkan malam Ramadhan yang terdapat dalam kitab hadis shahih contohnya hadis yang bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan malam ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu. (Al-Bukhari)
Dan adakah tidak cukup dengan ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang terdapat dalam al-Quran antaranya firman Allah yang bermaksud: Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan kedalam neraka saqar? Mereka menjawab: Kami dahulu termasuk orang yang tidak mengerjakan sembahyang. (Al-Muddatsir)
Sebenarnya bagi mereka yang suka menghidupkan malam Ramadhan tidak mesti dengan adanya hadis rekaan yang seperti ini mereka akan bersungguh-sungguh dalam menghidupkan amalan tarawih ini. Dan orang yang malas bersembahyang bawalah hadis yang bagaimana teruk sekalipun siksaannya namun mereka tetap tidak mahu mengerjakannya.

Diantara ciri-ciri hadis maudhu` (rekaan) dari segi zahirnya selain dari meneliti sanad perawinya ialah
1. Kelebihan yang disebutkan menyamai atau mengatasi kelebihan yang terdapat pada para sahabat nabi kita Muhammad S.A.W. atau orang yang berjuang bersama dengan nabi-nabi yang lain apatah lagi untuk menyamai atau mengatasi kedudukan nabi-nabi kerana umat yang datang kemudian walaupun setinggi-tinggi wali sekalipun tidak akan dapat mengatasi atau menyamai kedudukan sekecil-kecil sahabat apatah lagi untuk menyamai kedudukan seorang nabi.

2. Kelebihan yang terdapat didalamnya tidak sepadan dengan amalan yang dilakukan dimana ia menyalahi apa yang terdapat dalam syariat sebagaimana tersebut dalam Al-Qur'an dan hadis-hadis shohih.

3. Kandungannya serta ertinya rapuh, tidak menyerupai kalam Nabi Muhammad s.a.w. dan lafaznya tidak sesuai keluar dari mulut Nabi sepertimana yang terdapat dalam hadis-hadis shohih.

4. Didalam setengah risalah yang terdapat hadis ini, ianya dimulai dengan "Ya Ali" sedangkan ulama-ulama hadis telah mengatakan bahawa hadis-hadis yang dimulai dengan kata-kata ini hanya dua atau tiga sahaja yang shohih.Yang lainnya adalah palsu.

Oleh itu umat Islam sekalian terutamanya pihak-pihak berkenaan seperti institusi-institusi agama diperingkat negeri dan pusat sepatutnya prihatin terhadap perkara seperti ini demi menjaga kesucian hadis Rasul yang menjadi pegangan kedua Ahlus Sunnah Wal Jamaah.Umat Islam janganlah mudah tertipu dengan diayah-diayah palsu yang dikaitkan dengan Rasulullah sedangkan ianya tidak ada hubungan langsung dengan Rasulullah s.a.w. Janganlah sampai masyarakat kita melakukan sesuatu amalan dengan harapan akan mendapat pahala sedangkan sebaliknya dosa besar pula yang diperolehi dengan menyebarkan dan seterusnya beramal dengan hadis-hadis palsu seperti ini.

SELAMAT BERPUASA DAN BERIBADAT MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH S.A.W.

ANAKKU - MajLis AQiQah ZARA

AQIQAH ZARA ARRANA VLORA
DATE : 17 JULY 2011
VENUE : TERATAK TOK DAD & WANMA ZARA
THEME : ORANGE WHITE

DECO BY : Buaian Berendoi Cukur Jambul - Izzany ♥ see this ♥

AQIQAH ke atau AKIKAH????? tak kesah mcm mane skali pun ejaan tapi sebutan tetap samaa...

Alhamdulillah Majlis Aqiqah Zara selamat berlangsung dengan suasana yg begitu nyaman...ramai hadirin yg datang memeriahkan lagi majlis dan banyak $$$$$$$$$$$ ampau budak telo mama dapat... hahahaha,

Actually Majlis Akikah nk buat sekali ngan cukur jambul ----> tapi jambulnyer takde untuk dicukur sbb dah penah buat awal dulu secara tak rasmi... so hanya majlis aqiqah....

Majlis berlangsung dengan bacaan marhaban oleh kumpulan AL-WAHIDAH Taman Alam Megah..dan nasyid.... mmg sungguh merdu mane taknyer sampai lelap anak daraku dalam buaian nyer....
( p/s : boleh tak every day kumpulan marhaban tu datang memdodoikan zara )

Pening nk pilih mane yg paling hensem

 akhirnya inilah Kambing pilihan hati...





 taadaaaa...siap untuk dimakan



Kambing dipilih di Kajang, bukan main jauhlagi, tapi sebab banyak sangkut pautnyer dengan kenalan keluarga..jauh pun jauh lah janji tolong keluarga...

pergi pada simple deco....walaupun simple tapi puas hati sbb owner dia  sangatlah baik n peramah..senang je berursan dengan dia pUaN IzzAnY

Inilah deco by Izzany 

 
Theme : Orange + White

Dress Zara : One Utama....ntah lupa plak nama kedainyer tapi yg ingat sederet ngan Restaurant Charms depan FOS alaaa...yg ade buaian tu lah...mmg jual dress baby jerk....actually dress tu come with red flower kat pinggang dia, tapi disebabkan tema nyer orange terpaksa cabut benda alah tu.....n jalan jalan kat FOS jumpa pulak getah rambut bentuk bunga satu set ade 2 RM9.90 siap tau harga ek....puas belek last2 beli n cabut then ape lagi jahit lah kat baju Zara....hihihi dapat jugak tema


ni lah hasilnyer...setelah di "bega bega"




Baju Mama & Papa Zara....paling nk jimat budget.... mama nyer beli kan Giant n Papa Kamdar je okkkk.......janji ikut tema, sbb lari dah budget baju zara yg ntah bape meter je kain tu bukan main lagi mahalnyer mengalahkan baju org tua...

 1 2 3

 ini lah kumpulan Marhaban Al-Wahidah Taman Alam Megah



Candy Bar......erm, hasil usaha ku n my sis nina siap akhirnya candy bar kami....actually disediakan untuk para tetamu kecil molek kami iaitu KANAK-KANAK....tapi tanpa diduga MAK kanak-kanak yg serbu dulu, takpelah......mgkin tertarik ngan hiasan kami...sampai the main dish dibiakan dulu semata-mata nk rasa yg kat candy bar hahahaa

 ini oreo kak buh white coklat......time ni mama zara dah ZZZzzzZZ

 Drink Me ♥♥ - disebabkan buat sikit UNTUK kanak kanak, semua tak berani amik minum sedap tu orange+ais krim soda tu....haiyaaa....inagt perhiasan ker? siap tanya lagi "NI BOLEH MINUM KER??"
dah nama pun drink me....apa daaaaaa hihihi

 ni lah Candy Bar yer

 Gambar Budak telo mama Sebulan 2bulan & 3 bulan


macaroons ,apam polka dot, dadih, &fruit jely order kat kawan baik ♥Hafizah Hani - anak najib ok♥



coklat coklat semua done by my sista...







  inilah yg plaing stress buat, asyik jatuh nk tampal kuat mak bising sbb ROSAK plaster ceiling dia ok...hik hik hik