Sejak masuk rumah baru tak pernah "PAGAR" rumah atau orang kata tepung tawar rumah yang baru diduduki.. rumah di tapak hutan dulunya, then 2 tahun proses pembinaan, memang tempatnya bermaustatin..
banyak sangat entitinya. Takpelah kami ikhtiar panggil Kump Darul Syifa' untuk memagar rumah kami dan juga satu tanam perumahan kami, dengan kerjasama jiran-jiran majlis berjalan lancar.
Warga suami/bapak-bapak yang menjayakan majlis ni, kaum ibu/mak mak duduk dalam rumah jaga anak anak..Para ustaz-ustaz semua datang around 9 lebih malam, didahului dengan Solat Jemaah bersama-sama, doa dan ruqyah..lepas tu baru sesi menepung tawar setiap rumah diikuti dengan memagar seluruh kawasan taman / taman permainan...
Ustaz-ustaz hanya mengajar untuk hari pertama, hari kedua dan ketiga dilakukan oleh penduduk TLS sendiri bersama-sama..Syukur semua nya berjalan dengan sangat sangat lancar. Kerjasama dr pihak penduduk juga baik sekali. semoga ukhwah ini kekal sampai bila-bila.
Terima Kasih pada Tuan Haji (Jiran) yang telah menjadikan rumah nya sebagai tempat pengumpulan dan berjemaah.
Antara juadah ringan selepas majlis.
Cerderahati dr warga warga TLS untuk 8 orang dari Darul Syifa'
SYUKUR ALHAMDULILLAH MOGA DENGAN IZIN ALLAH S.W.T BERSIHLAH RUMAH DAN JUGA KAWASAN RUMAH KAMI DR ANASIR-ANASIR JAHAT. AMIINNN...
No comments:
Post a Comment