Monday, June 20, 2016

RUMAHKamiZHZZZ - Dining Area

Assalaamualaikum,

Salam Ramadhan Al-Mubaraq buat semua muslimin dan muslimat.. Semoga bulan yg mulia ini kita semua diberkati Allah swt. Aminnn.. 

This time linda nk share house decor linda before this tema rumah grey black white n purple.. Skng black n white n wood metal pulak.. (Tgk tak smpai setahun lagipun masuk rumah baru tema dah tukar) husband kata 3-4 tahun lagi baru tukar tema lain.. Hahahahaha 

Tak banyak perbezaan pun dinding purple linda tukar pada black n white.. 

                          
Langsir mmg terbeliak bijik mata bile tanya quotation for whole house. So beli readymade ikea je, tp husband pandai dia pg drill tinggi so senteng sliding door linda. So ape lagi jahit menjahit lah tambah kain bawah dia. 

Dinding purple tu dh di cover oleh wallpaper black n white. Mula mula nk cat black n white, tp penyakit M ade nk tape lagi ape lagi. Ttbe kaison ade keluarkan wallpaper black n white, terus order online.. Gantikan ngan dinding purple tu. 

Jadilah ruang makan 4 beranak.. Alhamdulillah syukur, janji selagi boleh jimat, jimat.. Sikit sikit hias lelama jadi lah muzium.. Hahaha.. 



Thursday, June 9, 2016

HAPPY 6th ANNIVERSARY

❤️ Assalaamualaikum,

Syukur Alhamdulillah 5hb Jun 2016 genap 6 tahun usia perkahwinan kami. Banyak ranjau onak dan duri bahagia derita susah senang kami tempuhi bersama-sama. Adakalanya jatuh adakalanya bangun meninggi. 

Semoga hubungan ini kekal hingga ke jannah. Diberkati Allah swt, bahagia dunia akhirat. 

Happy Anniversary papa!!
Sempat order khas utk suami tercinta. Nak celebrate sangat pun tak sempat sbb dah nk puasa. 

Tadaaaa selfie with cheese tart gebu anniversary namanya.. 

Aicheh.. Kebetulan mak ayah buat doa selamat tahlil n sempena nk sambut bulan ramadhan. Lepas tu bru amik pic kenangan.

Tq semua sama sama meraikan.. 

Kesayangan ku..







Wednesday, June 8, 2016

RAMADHAN 2016

 ♥ Assalaamualaikum,


Syukur Alhamdulillah ke Hadrat Illahi telah memanjangkan umur ku untuk bertemu Ramadhan lagi tahun ni. Semoga di bulan yang mulia ini, kita semua diberkati Allah Taala. Selamat Berpuasa semua.....



Last Sunday.
.
.
.
.
sempena nak masuk Bulan Ramadhan, Mak Ayah buat kenduri Doa Selamat serta Tahlil kepada semua arwah wan atok opah atok ali pakbong dan sedara yang telah kembali kepada PENCIPTANYA.. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar.


















Tuesday, June 7, 2016

ANAKKU - Aktiviti Tunas Kijang - School Holiday

♥ Assalaamualaikum,

Khamis & Jumaat lepas, sempena cuti sekolah, Tunas Kijang mengadakan aktiviti untuk student, berbaju tradisional..Zara siap berbaju kurung. Seronok betul tengok aktiviti-aktiviti budak2 ni. Zara siap bawa kuih raya.

KHAMIS

kalau ada je activiti kat sekolah, zara lah paling senang kejut n bersiap.. :P

Zara n friends K2

Menjamu selera (pelik kenapa celah boys plak anak dara mama ni duduk)



JUMAAT







Thank You Tunas Kijang for FUN ACTIVITY DURING SCHOOL HOLIDAY (dapat ganti sbb tak bawak Zara kemana pun cuti Sekolah ni )





RUMAHKamiZHZZZ - "PAGAR" by DARUL SYIFA"

 ♥ Assalaamualaikum,


Sejak masuk rumah baru tak pernah "PAGAR" rumah atau orang kata tepung tawar rumah yang baru diduduki.. rumah di tapak hutan dulunya, then 2 tahun proses pembinaan, memang tempatnya bermaustatin..

banyak sangat entitinya. Takpelah kami ikhtiar panggil Kump Darul Syifa' untuk memagar rumah kami dan juga satu tanam perumahan kami, dengan kerjasama jiran-jiran majlis berjalan lancar.

Warga suami/bapak-bapak yang menjayakan majlis ni, kaum ibu/mak mak duduk dalam rumah jaga anak anak..Para ustaz-ustaz semua datang around 9 lebih malam, didahului dengan Solat Jemaah bersama-sama, doa dan ruqyah..lepas tu baru sesi menepung tawar setiap rumah diikuti dengan memagar seluruh kawasan taman / taman permainan...

Ustaz-ustaz hanya mengajar untuk hari pertama, hari kedua dan ketiga dilakukan oleh penduduk TLS sendiri bersama-sama..Syukur semua nya berjalan dengan sangat sangat lancar. Kerjasama dr pihak penduduk juga baik sekali. semoga ukhwah ini kekal sampai bila-bila.

 Terima Kasih pada Tuan Haji (Jiran) yang telah menjadikan rumah nya sebagai tempat pengumpulan dan berjemaah.



Antara juadah ringan selepas majlis.




 Cerderahati dr warga warga TLS untuk 8 orang dari Darul Syifa'



SYUKUR ALHAMDULILLAH MOGA DENGAN IZIN ALLAH S.W.T BERSIHLAH RUMAH DAN JUGA KAWASAN RUMAH KAMI DR ANASIR-ANASIR JAHAT. AMIINNN...